Saturday, March 20, 2010

Kereta Melambung, Hempap Kereta Lain- 4 Tercampak, 1 Maut

Km 22-5
Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran susur Bukit Antarabangsa
Ampang Selangor
20 Mac 2010
4-30 petang






Lagi kemalangan maut di MRR2.

Dan kebetulan, mangsa juga lahir pada bulan November, lebih tepat lagi 13 Nov, 1991.

Mengerikan - Itu sahaja yang dapat digambarkan mengenai kemalangan ini.

Kereta Proton Iswara ini dinaiki 5 orang , 4 lelaki dan seorang wanita, dalam perjalanan dari arah Gombak menuju Selatan.

Setibanya di tempat kejadian, kereta ini hilang kawalan lalu terbabas ke arah pembahagi jalan dan melanggar pokok hiasan.

Ia kemudian memasuki laluan bersebelahan sebelum melambung dan bertembung dengan sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki.

Proton Iswara kemudian menghempap Proton Waja sebelum terhempas semula di atas jalan.

Akibatnya, 4 penumpang Proton Iswara tercampak keluar di kedua-dua bahagian jalan.

Seorang penumpang yang tercampak kira-kira 10 meter, Nurul Adibah Mohammed Hazim , 19 tahun, maut di tempat kejadian.

Nurul Adibah berasal dari Jalan Indah 16, Taman Pangkalan Indah, Alor Gajah, Melaka.

Manakala 3 lagi, yang dipercayai anggota tentera dari Kem Kementah, cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal di di hantar oleh Ambulan Pasukan Pertahanan Awam ke Hospital Ampang.

Mayat Nurul Adibah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kemalangan menyebabkan MRR2 sekali lagi mengalami kesesakan teruk, kali ini sepanjang lebih 15 kilometer di kedua-dua arah.

Untuk rekod, mangsa dilahirkan pads 13 Nov, 1991.

2 comments:

zero_hour1988 said...

baru melalui jalan ni tadi...ermmm nampak sangat ngeri...

Dr Kamal Shah said...

mana pi gambar???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails