Wednesday, March 17, 2010

4 jam pujuk pelajar Iran

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa mengambil masa kira-kira empat jam untuk memujuk seorang lelaki warga Iran berusia 25 tahun yang cuba terjun dari tingkat 25 kondominium Villa Putri di sini, semalam.
PUJUK...anggota bomba memujuk warga Iran terbabit.
PUJUK...anggota bomba memujuk warga Iran terbabit.
Lebih mendebarkan apabila mangsa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa asing berkeras untuk terjun kondominium berkenaan selepas kematian bapanya baru-baru ini.


Berikutan itu, polis terpaksa menghubungi pihak Kedutaan Iran di sini, untuk menghantar penterjemah bagi berunding dan memujuk mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini hilang pertimbangan sebelum mengugut akan terjun dari balkoni kondominium berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang baru seminggu berada di negara ini tertekan kerana kematian bapanya.


“Kami mengambil masa lama kerana mengalami masalah berkomunikasi. Apapun, selepas mendapat bantuan seorang penterjemah dari Kedutaan Iran, kami berjaya memujuknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails