Saturday, March 27, 2010

Makluman dari Unit Komunikasi



Makluman Terkini Buat Pemegang Callsign Dan Radio Set Berdaftar Jabatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan

Hampir 3 Bulan Pemantauan Dijalan Oleh Pihak Teknikal Unit Komunikasi Dan Pihak Teknikal Telekom Malaysia anda di nasihatkan Supaya Memeriksa Beberapa Kompenan yang terdapat pada alat Komunikasi Masing - Masing , ini kerana banyak rungutan dan Aduan yang pihak kami terima berkenaaan Mutu Komunikasi yang kurang memuaskan adalah 60 Peratus berpunya dari peralatan anggota itu sendiri 20 peratus adalah berpunca dari Faktor Cuaca dan Kawasan Hitam ( Blind Spot) dan 20 Peratus lagi kegagalan fungsi teknikal repeater, Oleh itu anggota dan support team , CDERT anda di nasihatkan supaya sentiasa memeriksa

  1. Radio Set - Berada di dalam keadaan baik
  2. Sistem Antenna - Mengikut kesesuain sistem radio - Single Band Atau Dual Band
  3. Sistem Bateri - Masih mampu beroperasi atau sudah menghampiri tarikh luput guna
  4. Kabel Antenna - Bagi kenderaan - samada masih elok
  5. Connector - Bagi kenderaan dan Set tangan
  6. Frequency Setting - Serah pada yang pakar

Unit Komunikasi

Tuesday, March 23, 2010

Kebakaran Berulang Selang Sebuah Rumah


Jalan Ayer Tawar
Setapak, Kuala Lumpur
19 Mac 2010
3-30 ptg

"Rumah tengah tu kena mandi limau..."

Itu antara yang terdengar ketika saya tiba di lokasi kebakaran ini.

Mengapa ada yang berkata begitu?

Sebenarnya, pada 15 Feb lalu, kebakaran memusnahkan samasekali sebuah rumah , selang sebuah dari rumah yang terbakar ini.


Bermakna , rumah berwarna putih ini terletak di tengah-tengah , di mana di kiri kanannya telah musnah dalam kebakaran.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 3-30 petang.

Operasi pemadaman dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju dan Chow Kit, dibantu Skuad Penyelamat DBKL dan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia

Dan 3 keluarga hilang tempat tinggal membabitkan 12 orang.

Tuan rumah yang turut tinggal di sini, menyewakan dua bahagian rumahnya kepada penyewa lain.
Foto 15 Feb 2010

Bagi pemilik rumah yang di tengah-tengah ini, dua bulan berturut-turut dia mengalami saat-saat mencemaskan...

Tinjauan mendapati, bekas tapak rumah yang terbakar 15 Feb lalu telahpun dibersihkan dan pemilik dijangka akan membina rumah baru.




Dalam kebanyakan kes kebakaran, TNB perlu segera dimaklumkan dan segera hadir ke lokasi kerana beberapa sebab:

1- Memastikan arus elektrik dipotong kerana kabel elektrik yang terputus akibat kebakaran, boleh mengancam nyawa terutama kepada anggota bomba/penyelamat.

2.Bila kebakaran berlaku, biasanya bekalan elektrik akan terganggu dan TNB akan melakukan kerja-kerja penyambungan semula/pemantauan.

3. Memang tugas TNB...

Sunday, March 21, 2010

Kereta Jatuh Sungai Pantang Maut Sebelum Ajal.

Km 8
Jalan Lingkaran Tengah Dua/ Sg Batu
Kepong
Kuala Lumpur
21 mac 2010
8 pagi



Jika dilihat pada foto, ramai yang mengatakan, macam mustahil ianya boleh berlaku.

Bagaimanapun, ianya benar-benar berlaku...

Dan MRR2 sekali lagi menjadi tumpuan.

Kemalangan ini membabitkan tiga bersaudara perempuan ( dua beradik dan sepupu mereka), apabila Toyota Avanza mereka terbabas lalu terhumban ke dalam Sg Batu.

Bagaimanapun, kereta ini nyaris tenggelam dan dihanyutkan arus deras apabila tersangkut pada tembok perangkap sampah.

Mereka diselamatkan oleh orangramai dan anggota bomba yang terpaksa membawa mereka dengan bot ke tebing sungai.

Saturday, March 20, 2010

Kereta Melambung, Hempap Kereta Lain- 4 Tercampak, 1 Maut

Km 22-5
Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran susur Bukit Antarabangsa
Ampang Selangor
20 Mac 2010
4-30 petang






Lagi kemalangan maut di MRR2.

Dan kebetulan, mangsa juga lahir pada bulan November, lebih tepat lagi 13 Nov, 1991.

Mengerikan - Itu sahaja yang dapat digambarkan mengenai kemalangan ini.

Kereta Proton Iswara ini dinaiki 5 orang , 4 lelaki dan seorang wanita, dalam perjalanan dari arah Gombak menuju Selatan.

Setibanya di tempat kejadian, kereta ini hilang kawalan lalu terbabas ke arah pembahagi jalan dan melanggar pokok hiasan.

Ia kemudian memasuki laluan bersebelahan sebelum melambung dan bertembung dengan sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki.

Proton Iswara kemudian menghempap Proton Waja sebelum terhempas semula di atas jalan.

Akibatnya, 4 penumpang Proton Iswara tercampak keluar di kedua-dua bahagian jalan.

Seorang penumpang yang tercampak kira-kira 10 meter, Nurul Adibah Mohammed Hazim , 19 tahun, maut di tempat kejadian.

Nurul Adibah berasal dari Jalan Indah 16, Taman Pangkalan Indah, Alor Gajah, Melaka.

Manakala 3 lagi, yang dipercayai anggota tentera dari Kem Kementah, cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal di di hantar oleh Ambulan Pasukan Pertahanan Awam ke Hospital Ampang.

Mayat Nurul Adibah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kemalangan menyebabkan MRR2 sekali lagi mengalami kesesakan teruk, kali ini sepanjang lebih 15 kilometer di kedua-dua arah.

Untuk rekod, mangsa dilahirkan pads 13 Nov, 1991.

Wednesday, March 17, 2010

4 jam pujuk pelajar Iran

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa mengambil masa kira-kira empat jam untuk memujuk seorang lelaki warga Iran berusia 25 tahun yang cuba terjun dari tingkat 25 kondominium Villa Putri di sini, semalam.
PUJUK...anggota bomba memujuk warga Iran terbabit.
PUJUK...anggota bomba memujuk warga Iran terbabit.
Lebih mendebarkan apabila mangsa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa asing berkeras untuk terjun kondominium berkenaan selepas kematian bapanya baru-baru ini.


Berikutan itu, polis terpaksa menghubungi pihak Kedutaan Iran di sini, untuk menghantar penterjemah bagi berunding dan memujuk mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini hilang pertimbangan sebelum mengugut akan terjun dari balkoni kondominium berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang baru seminggu berada di negara ini tertekan kerana kematian bapanya.


“Kami mengambil masa lama kerana mengalami masalah berkomunikasi. Apapun, selepas mendapat bantuan seorang penterjemah dari Kedutaan Iran, kami berjaya memujuknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Thursday, March 11, 2010

Tong Gas Masak Meletup

SUNGAI PETANI: Beberapa tong gas memasak yang disimpan dalam stor sebuah rumah kedai dua tingkat yang dalam pembinaan di Taman Batik, Jalan Lencongan Timur di sini, meletup menyebabkan tiga parah dan seorang cedera ringan, lewat petang semalam.
PERIKSA...anggota bomba memeriksa bangunan kedai dua tingkat yang pecah akibat letupan gas, semalam.
PERIKSA...anggota bomba memeriksa bangunan kedai dua tingkat yang pecah akibat letupan gas, semalam.
CEDERA...dua mangsa yang cedera.
CEDERA...dua mangsa yang cedera.

Tuesday, March 2, 2010

MALAYSIA EARTH HOUR 2010



History

On Earth Hour hundreds of millions of people, organizations, corporations and governments will come together to make a bold statement about their concern for climate change by doing something quite simple—turning off their lights for one hour. Earth Hour symbolizes that by working together, each of us can have a positive impact in the fight against climate change, protecting our future and that of future generations.

Set Your Clock

On March 27th at 8:30 p.m. local time, Earth Hour will cascade around the globe—from time zone to time zone—uniting the planet under a single, simple, call to action.

Earth Hour Malaysia

Since its inception three years ago, Earth Hour’s non-partisan approach has captured the world’s imagination and became a global phenomenon. Nearly one billion people turned out for Earth Hour 2009 – involving 4,100 cities in 87 countries on seven continents.

2009 was the first time Malaysia officially participated in Earth Hour bringing Malaysians to turn off their lights for one hour to show their support towards climate change. Many prominent landmarks switched off their lights and Malaysians celebrating. Its estimated that more than 5million Malaysians participated in Earth Hour.

SAVE EARTH

We the personnel of

MALAYSIAN CIVIL DEFENCE FORCE

truly from our heart Support


EARTH HOUR 2010


By joining the movement and committing to turning off your lights on Saturday, March 27th at 8:30 pm for Earth Hour, you are joining hundreds of millions of people around the world who are calling for action on climate change.


http://ehm.my/


mediacom999.blogspot.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails