Saturday, April 25, 2009

Penunggang Motosikal Maut Di Lorong Kecemasan

KM 297-4

Lebuhraya KL Seremban
Arah Kuala Lumpur
Selepas susur Bangi
23 April, 2009
kira-kira jam 5-15 petang

Kes Di Ambil Oleh Pasukan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Unit Kajang.

Masih ramai yang tidak mengetahui atau sudah mengetahui , tetapi tetap menggunakannya.
Lorong kecemasan adalah semata-mata untuk tujuan kecemasan, dan melalui lorong kecemasan tanpa sebarang tujuan atau atas sebab-sebab kecemasan, adalah merupakan satu kesalahan.
Dan di lebuhraya, jika tiada lorong motosikal, bukan bermakna anda boleh menggunakan lorong kecemasan.

Penunggang motosikal boleh menunggang di lorong paling kiri.
Dan jika anda memandu/menunggang di lorong kecemasan tanpa sebab, kemudian anda terbabit dalam kemalangan, kesalahan adalah terletak pada anda.

Tetapi di negara ini, biasanya 'kelonggaran' diberikan kepada penunggang motosikal, asalkan tidak berlaku apa-apa.
Malangnya, jika berlaku apa-apa, maka di sinilah implikasi undang-undang akan berkuatkuasa akan kejadian yang berlaku.

Di lorong kecemasan jugalah biasanya berlaku kes-kes potong Q terutama apabila berlaku kesesakan, kerana ada pemandu kereta yang tidak pedulikan fungsi lorong kecemasan.
Dalam kes ini, pemandu lori 'pickup' ini berhenti di lorong kecemasan setelah kenderaannya mengalami masalah enjin.
Pemandunya kemudian turun dan menuju ke arah telefon kecemasan lebuhraya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-15 petang di KM 297-4 Lebuhraya KL-Seremban arah Kuala Lumpur selepas susur bangi.
Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang laju, terus merempuh sisi belakang sebelah kanan lori terbabit.
Akibatnya, mangsa yang cedera parah di muka tercampak ke atas lebuhraya.
Azhri Halib, 24 tahun, maut di tempat kejadian.
Mangsa beralamat di No. 31 Kg Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Suptritendan Che Husin menasihatkan pengguna jalanraya tidak sewenang-wenangnya menggunakan lorong kecemasan.
Beberapa kes membabitkan kematian dicatatkan apabila kenderaan merempuh kenderaan yang berada di lorong kecemasan setelah mengalami kerosakan.

Terbabas selepas Diasak Penunggang tidak bermoral


Jalan Ukay Perdana

Ampang

5 November, 2008

Sesungguhnya, mangsa kemalangan ini amat tabah...

Mangsa seorang wanita, cedera setelah terjatuh ke tebing pembahagi jalan apabila motosikalnya gagal dikawal setelah dihimpit seorang penunggang motosikal lain.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6-30 petang, 5 November di Jalan Ukay Perdana.

mangsa sedang terduduk di atas pembahagi jalan dan dua anggota polis peronda berada bersama mangsa.


Wanita ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Ukay Perdana dari pejabatnya di Cheras.
Kaki kanannya berdarah dan kedudukannya menunjukkan kakinya juga mungkin mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda takut, terkejut atau phobia, sebaliknya semangatnya kuat dan masih mampu senyum.
Secara psikologinya, kehadiran dua anggota polis peronda itu memberikan kekuatan kepada wanita ini untuk tabah dan kuat.

Menurut mangsa, motosikalnya terbabas dan dia terhumban ke atas jalan setelah sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tiba-tiba menghimpit motosikalnya menyebabkan dia terkejut. Menyedari mangsa terjatuh, dia terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa yang hampir terlanggar oleh kenderaan lain.

Menurut anggota polis terbabit, kemalangan baru berlaku, dan mangsa sedang menunggu suaminya datang untuk menghantarnya ke hospital.
Orang awam merasakan, mungkin lebih baik dia dihantar menggunakan ambulan kerana tahap kecederaan sebenar tidak diketahui.

Pihak Polis lantas menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM Jalan San Ah Wing menggunakan talian terus untuk bantuan ambulan dan rawatan awal di tempat kejadian. Kira-kira 10 minit kemudian, suami mangsa tiba dan bersetuju isterinya dihantar menggunakan ambulan.


Kira-kira 15 minit kemudian, ambulan tiba dan mangsa dihantar ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.


Kepada kedua-dua anggota polis peronda yang kebetulan melalui jalan itu, tahniah kerana cuba membantu mangsa dan tindakan cepat mereka juga dapat mengawal keadaan dan lalulintas yang sesak.
JPAM yang pantas bertindak...

Sunday, April 19, 2009

Operasi Menyelamat Mangsa Pengsan Atas Bumbung Rumah.

Taman Ehsan
Kepong, Kuala Lumpur
18 April, 2009
Warga emas ini, pada mulanya melakukan kerja-kerja pembaikan di atas bumbung rumahnya.

Bagaimanapun, dia dipercayai tergelincir menyebabkan mangsa rebah di atas bumbung ini

Dengan cuaca agak panas, mangsa juga pengsan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Jalan E5/2 Taman Ehsan, Kepong.

Mangsa, Chan Koh Song, berusia kira-kira 60 tahun, sebelum ini memanjat bumbung rumahnya bertujuan membaiki tangki air rumahnya yang telah rosak.

Anggota perubatan yang tiba kemudiannya mendapati kesukaran membawa Chan turun.

Sepasukan anggota dari Pasukan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan.
kemudian tiba di lokasi bagi operasi menyelamat.

Tangga terpaksa digunakan.

Gerakan menyelamat juga dibantu oleh Ahli Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang

Chan akhirnya berjaya dibawa turun kira-kira jam 7-15 petang dan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Chan mengalami sedikit kesan kecederaan di kaki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails