Sunday, February 28, 2010

Juruterbang Pelatih dan Nenek Maut -Lori Rempuh Kereta


KM 14
Jln Lingkaran Tengah 2
berhampiran susur Tol Gombak
25 Feb 2010
12-45 Tengah Malam


Memang benar - malang itu tidak berbau malah ia selalunya berlaku tanpa mangsa sempat bersedia untuk menghadapinya.

Itulah yang berlaku pada sekeluarga yang menaiki sebuah kereta ini.

Kemalangan meragut dua nyawa manakala seorang lagi cedera parah

Kes berlaku kira-kira jam 12-30 tengahmalam tadi di KM 14 Jalan Lingkaran Tengah 2 arah Taman Melati berhampiran susur ke Plaza Tol Gombak.

Mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Melati, hanya dua kilometer dari tempat kejadian setelah menziarahi saudara mereka di Kota Damansara.

Kejadian berlaku apabila sebuah lori yang sarat membawa muatan kotak kosong dalam perjalanan dari Banting meuju ke Bentong, Pahang terbabas dan merempuh kereta dinaiki mangsa.

Pemandu lori sebenarnya hendak berhenti makan di Batu Caves sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong.

Setibanya di tempat kejadian, lorinya hilang kawalan lalu terbabas ke laluan kanan sekali dan terus memasuki laluan bertentangan.

Akibatnya, ia merempuh sisi kanan kereta Naza Suria mangsa menyebabkan kereta terbabit remuk samasekali.

Pemandu kereta, Mohd Hazri Hazin Mohd Hafiz, 22 tahun, juruterbang pelatih Penerbangan Malaysia, parah di hampir keseluruhan badan dan putus tangan.

Neneknya, yang duduk di belakang, Halimah Sulaiman, 70 tahun turut cedera parah.

Kedua-duanya maut di tempat kejadian dan dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat.

Manakala adik perempuan Mohd Hazri, Nursyahhira, 17 tahun yang duduk di hadapan, mengalami kecederaan teruk di kepala , muka, mata dan badan.

Keadaannya dilaporkan kritikal dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Kemalangan menyebabkan laluan ini terpaksa ditutup terus kepada semua lalu-lintas kira-kira dua jam.

Monday, February 22, 2010

Pengurus dan Isteri Nyaris Maut - Motosikal Berkuasa Tinggi Dirempuh Bas


Jalan Kucing
susur Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
21 Feb 2010
8 pagi





Sungguh kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan.

Itu yang dapat diperkatakan mengenai kes ini.

Ia kisah sepasang suami isteri yang nyaris maut dirempuh dan hampir digilis sebuah bas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila pasangan ini menaiki motosikal dalam perjalanan pulang setelah selesai bekerja.

Kejadian berlaku berhampiran lokasi kes kereta terjunam ke dalam sungai sebelum ini.

Bas terbabit sebaik merempuh motosikal mangsa, terus berlalu walaupun menyedari mangsa bergelimpangan di atas jalan.

Dan, nasib menyebelahi pasangan ini, kerana ketika kejadian, terdapat ramai anggota Polis, anggota Pasukan Pertahanan Awam dan orang ramai berada di lokasi.

Mereka sempat menahan beberapa kenderaan di belakang dari melanggar mangsa yang bergelimpangan di atas jalan.

Dan bagi isteri, memakai topi keledar full-face berkualiti tinggi juga berjaya menyelamatkan nyawanya.

Rozaidi Md Ramle, 41 tahun Pengurus F & B Malaysia Petroleum Club, KLCC bagaimanapun cedera parah di beberapa bahagian badan.

Mereka kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


Tuesday, February 16, 2010

Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Bas



Jalan Keramat
Kuala Lumpur
15 Feb 2010
3-30 petang



Mereka merupakan warga Indonesia.

Isteri bekerja sebagai tukang cuci, suami mengambil upah kerja pembinaan.

Difahamkan, suami baru sahaja mengambil isteri di tempat kerjanya dan mereka bercadang untuk membeli keperluan harian di Chow Kit.

Setibanya di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan.

Akibatnya, motosikal ini bertembung dengan sebuah bas RapidKL yang sarat dengan penumpang.

Kedua-duanya tercampak dan cedera parah hampir keseluruhan badan.



Abdul Rashid, 43 tahun dari Bangkalan dan iaterinya, Midah, 33 tahun dari Medan Indonesia, maut di tempat kejadian.

Ramai kenalan, sanak saudara dan rakan serumah serta jiran datang ke lokasi menyebabkan keadaan menjadi mengharukan apabila ramai yang menagis melihat mayat kedua-dua suami iateri.

Pemandu bas ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails