Monday, November 23, 2009

Bas Sekolah Terbalik - Murid Terselamat

Km 18
Jalan Batang Kali-Genting Highland
Hulu Selangor
23 Nov 2009
12.00 tengahari




Banyak lagi foto menyusul

Bas dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Genting Highland.
membawa 38 pelajar dan 2 guru dari SM Jenis Kebangsaan Jip Sin, Bukit Mertajam.
mereka dalam perjalalan menyertai pertandingan pancaragam sekolah-sekolah di Genting.

kejadian berlaku ketika pemandu sedang menukar gear kepada gear rendah ketika melalui jalan mendaki dan berselekoh ini.
bas tiba-tiba terhenti dan kemudian secara tiba-tiba mengunfur lalu terbabas ke arah longkang dan terbalik di tepi bukit.

Kereta dan Van bertembung 2 Cedera Parah.


KM 4 Batang Kali - Genting Highland
23 Nov 2009
3-15 petang

Cedera Parah-

Tan Hing Tong, 51 tahun - Pemandu Gen-2

Salmah Othman, 52 tahun - Penumpang van - Dari taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam KL

Van dari arah KL terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dari arah Genting


Banyak lagi foto-foto kejadian menyusul

Mangsa sedang diberi rawatan oleh anggota (CDERT) Saudara Shukor Hashim






Monday, November 16, 2009

International Volunteer Day 5 December.





International Volunteer Day 5 December





we celebrate it !!!



Perkhidmatan Kecemasan Pertahanan Awam Kuala Selangor Ditutup.

KUALA SELANGOR – Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Selangor terkejut apabila pejabat dan bilik gerakan kecemasan 999 ditutup serta merta tanpa diberikan sebarang notis.

Malah, segala peralatan yang terdapat di situ juga telah tiada berikutan diambil semula pihak atasan, malah kakitangan JPAM Kuala Selangor pula direhatkan sementara waktu.

Mereka mendakwa, penutupan operasi itu dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awan Negeri (JPAN) pada 12 November lalu.

Pegawai Penyelaras JPAM Kuala Selangor, Wan Mohd Rahi Wan Adnan berkata, pada tarikh 6 November lalu, pihak atasan ada datang ke pejabatnya dan berbincang mengenai segala permasalahan dan aktiviti pada masa akan datang.

Menurutnya, semuanya berjalan seperti biasa dan mereka tidak memberikan sebarang reaksi yang tidak berpuas hati, namun pada sebelah petangnya, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak atasan yang menyuruhnya meletakkan jawatan.

“Saya tidak tahu apa kesalahan yang dilakukan hingga menyebabkan pihak atasan bertindak sedemikian, malah segala perala tan diambil.

“Selain itu, tiada sebarang notis diberikan dan saya diberikan surat pilihan sama ada untuk meneruskan perkhidmatan atau berhenti secara sukarela,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau berkata, pasukan JPAM Kuala Selangor ditubuhkan 2003 dan sentiasa bergiat aktif menjalankan segala aktiviti kema syarakatan, bencana dan sebagainya bukan sahaja di daerah ini tetapi di luar kawasan daerah ini.

“Malah, dengan usaha sendiri berusaha menaikkan nama JPAM Kuala Selangor dan kini sudah pun dikenali masyarakat terhadap tugasan JPAM.

“Bukanlah kami hendak berbangga, tetapi pihak atasan perlu lihat segala usaha yang sudah kami lakukan dan bukannya mengambil keputusan dengan menutup operasi ini,” katanya.

Wan Rahi berkata, dia begitu kesal terhadap tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan tanpa melakukan sebarang perbincangan dua hala dengannya.

“Pihak atasan menyatakan, saya disuruh rehat seketika sehinggalah segala siasatan mereka selesai dan kemudian barulah mereka akan memberikan keputusan.

“Apa yang membuatkan kami tidak berpuas hati, mengapa tiada sebarang notis atau pemberitahuan untuk menutup pejabat dan bilik gerakan JPAM Kuala Selangor,” katanya.

Menurutnya, dia akan mengambil tindakan sewajarnya atas segala perkara yang berlaku ini dan tidak akan hanya berdiam diri sahaja.

“Saya akan menubuhkan ‘reunion’ anggota sukarelawan untuk mempertahankannya supaya masalah ini tidak diperlekehkan begitu sahaja,” katanya.

Seorang kakitangan JPAM Kuala Selangor, R Savabathi, 20, berkata, dia bersama rakannya ada berjumpa dengan pengarah JPAN pada 7 November lalu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dilakukan kepada pegawainya.

“Kita ada minta penjelasan mengapa pegawai kami direhatkan sedangkan tiada sebarang masalah yang berlaku.

“Bagaimanapun, mereka tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya menegaskan, semua kakitangan JPAM Kuala Selangor direhatkan seketika,” katanya.

Savabathi berkata, diharap pihak yang berkenaan dapat berbincang semula dengan cara baik dan bukan dengan tindakan yang sebegini.

Sementara itu, Zul Fadly Busu, 19, berkata, sewaktu operasi penutupan dilakukan, dia yang turut berada di situ begitu kesal kerana seorang kakitangan JPAN mengakui bahawa elaun sengaja dilambatkan.

“Setelah empat bulan, barulah kami menerima elaun sedangkan kami sentiasa turun padang untuk memastikan JPAM Kuala Selangor ini bergiat aktif.

“Kami ini seolah-olah dianaktirikan dan tidak sepatutnya perkara ini berlaku. Diharap, pihak yang berkenaan dapat membantu dan menyelesaikannya de ngan segera,” katanya.

Bagi Zuraidah Ibrahim, 19, sekiranya diberhentikan kerja, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, malah terpaksa mencari pekerjaan yang lain.

“Apa yang diharapkan, JPAM Kuala Selangor dapat beroperasi semula,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian ketika menghubungi Pengarah JPAN, Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata, operasi tersebut sebenarnya hanya ditutup sementara sahaja untuk tempoh 14 hari.

Dia yang mengakui tidak memberikan notis dan hanya secara lisan sahaja kerana baginya, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.

“Kita menutup operasi itu kerana ingin menyelenggarakan pejabat tersebut dan buat sementara ini, JPAM di Klang akan turun ke Kuala Selangor sekiranya mempunyai sebarang bencana di situ,” katanya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails