Tuesday, May 17, 2011





SILA KUJUNGI KAMI DALAM MASA TERDEKAT

~ mediacom crew 2011 ~

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha

ikhlas dari krew mediacom 999

Wednesday, July 28, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010


1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.


2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.


3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.


4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.


5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.


6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.


7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 201

Laman web : www.hamfest.my

Laman Facebook: www.facebook.com/hamfest.my



Penganjur : 9W2FYI(GOD) - Azli Paat (0193398905) azlipaat@gmail.com


Semua Warga Malaysia dan Antarabangsa Di Jemput Hadir




Thursday, July 8, 2010

Pemandu Parah,19 Cedera -Bas Persiaran Rempuh Treler

KM48-5 dan KM48-6
Lebuhraya Karak Arah K Lumpur
sebelum susur Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang
7 Jul 2010
2-30 pagi





Kejadian ini membabitkan dua kemalangan melibatkan 5 kenderaan -sebuah bas persiaran, sebuah treler, sebuah treler pengangkut, sebuah Perodua Kancil dan sebuah Van.

Kes berlaku kira-kira jam 2-15 pagi di KM48-5 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur sebelum susur Bukit Tinggi.

Bas Persiaran ini membawa kira-kira 30 penumpang dalam perjalanan dari Jengka Pahang menuju ke Trolak sempena meraikan Hari Peneroka.

Setibanya di tempat kejadian, bas ini merempuh belakang sebuah treler sarat dengan muatan besi pembinaan.

Akibatnya, bahagian hadapan bas ini remuk menyebabkan pemandunya, Surenthiran Kothantharaman, 21 tahun, patah kedua-dua kaki dan luka di perut.

19 penumpang cedera ringan.

Sekurang-kurangnya 9 buah ambulan - 2 buah dari Hospital Bentong, 4 Jabatan Pertahanan Awam, 1 Hospital Selayang , 1 Hospital Kuala Lumpur dan 1 Bulan Sabit Merah Malaysia tiba di lokasi.

Mangsa di bawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah treler pengangkut 80 tayar, terpaksa berhenti kira-kira 100 meter di belakang kemalangan ini, di KM48-6.

Ini kerana, muatannya yang besar iaitu sebuah dandang seberat 75 tan tidak dapat melepasi laluan lebuhraya kerana keadaan bas yang menyekat laluan.

Dandang ini dibawa dari Kuantan untuk ke West Port Pelabuhan Klang untuk dibawa dengan kapal ke Thailand.

Di belakang treler pengangkut ini, sebuah perodua Kancil yang mengiringi treler itu, berhenti. Seorang pekerja berada di dalamnya.

Beberapa minit kemudian sebuah van dipandu seorang lelaki terus merempuh belakang Kancil terbabit menyebabkan Kancil terhumban ke arah belakang treler pengangkut.

Van terhumban ke dalam longkang.

Pemandu van dan pekerja di dalam Kancil cedera dan dihantar oleh ambulan yang masih berada di lokasi.


Monday, July 5, 2010

Bomba Kini Ketuai Semua Tugas Menyelamat ?




PUTRAJAYA: Peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini bukan lagi sekadar mengetuai operasi memadam kebakaran tetapi meliputi semua tugas menyelamat.




Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata perkara itu berdasarkan penyelesaian yang baru dicapai mengenai bidang kuasa di bawah perundangan Persekutuan.


2010/07/01
"Dalam kes membabitkan kebakaran sudah tentulah pihak jabatan akan mengetuainya kerana ia sememangnya bidang kepakaran mereka," kata Chor kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JBPM, di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama sebagai pasukan sokongan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Hamzah Abu Bakar, berkata sebelum ini isu tugas menyelamat itu tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Penjelasan telah diperolehi pada awal April lalu setelah dirujuk dan dibincang dengan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu lagi keliru mengenai siapa yang harus dihubungi terlebih dahulu sekiranya berlaku kecemasan yang tidak membabitkan kebakaran.
"Tanggungjawab jabatan sekarang bukan setakat memadam api sepertimana yang masyarakat fahami, tetapi juga menyelamat nyawa, kemalangan jalan raya, kebakaran hutan, bangunan runtuh dan bencana alam," katanya.

Beliau berkata, panggilan kecemasan yang tidak membabitkan kebakaran adalah dua pertiga daripada jumlah keseluruhan panggilan kecemasan. - BERNAMA

Friday, May 28, 2010

Kemalangan Maut di DUKE H/Way - Pengarah Syarikat Maut.


KM 0-3
Lebuhraya DUKE
Gombak arah Sentul
Kuala Lumpur
27 Mei, 2010
6-30 petang

Kejadian berlaku dalam hujan lebat.

Pemandu kenderaan pelbagai guna ini, Afifhakim Ramli, 27 tahun maut di tempat kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6-30 petang di KM 0-3 Lebuhraya DUKE arah Sentul dari Gombak.

Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas kira-kira 50 meter lalu merempuh tiang jejambat di tepi lebuhraya.

Akibatnya, sisi kanan kenderaan ini terhimpit di tiang menyebabkan mangsa turut tersepit di tempat duduknya.

Sepasukan anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat Afifhakim.

Afifhakim merupakan pengarah syarikat hartanah milik keluarganya, Ramli Bersaudara yang beralamat di Keramat Permai, Kuala Lumpur

Mangsa sebelum ini baru sahaja menghantar ahli keluarga ke Keramat dan dalam perjalanan pulang kerumah memandu bersendirian.

Sunday, May 23, 2010

Operasi Khidmat Khas Pasukan Pertahanan Awam Kuala Lumpur

Lembu Terjatuh Ke Dalam Longkang




Berhampiran
Stesyen LRT Sentul Timur
Kuala Lumpur.
22 Mei, 2010
7 petang














L



Tahniah Pasukan Pertahanan Awam Kuala Lumpur Yang Di ketuai Oleh Pegawai Operasi Ltm (PA) Sharul Kamar Johari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails