Saturday, December 5, 2009

Kemalangan Bas Ekspres KM 433-5

Lebuhraya Plus arah Rawang
Bukit Beruntung
Selangor
5 Dis 2009



Bagi Afzal Md Amin dan isterinya Zainifah Zaimon, panggilan telefon yang terpapar nombor ibunya, disangkakan ibunya telah sampai ke Shah Alam.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila suara seorang lelaki yang menelefon menggunakan telefon bimbit ibunya.


Mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa pemilik telefon bimbit itu.

Dengan hati yang tidak tenteram, mereka kemudian memutuskan untuk segera ke lokasi.


Dan benar, ketika sampai kedua-duanya mendapati anggota penyelamat sedang berusha mengelaurkan ibunya yang tersepit di dalam bas terbabit.

Ibu Afzal, Faridah Mokhtar, 63 tahun, sering menziarahi rumah mereka di Shah Alam setiap hujung minggu.

Ibunya akan menaiki bas dan mereka akan menjemputnya sebaik tiba di Shah Alam.

Telefon bimbit Faridah dipercayai ditemui oleh mereka yang berada di tempat kejadian dan menghubungi Afzal berpandukan nombor di dalamnya.

Afzal dan isterinya diyakinkan bahawa ibu mereka selamat dan sedang cuba di bawa keluar dengan segera.

Faridah akhirnya berjaya di keluarkan kira-kira 2 jam selepas kemalangan dan keadaannya dilaporkan tidak membimbangkan.







Saya mendapat maklumat mengenai kemalangan ini kira-kira jam 11 malam.


Setelah dari pagi hingga lewat petang tak sempat makan, bermula dari kes digilis kenderaan, dan terakhir, operasi rumah urut di Selayang, saya anggap, hari ini dah boleh tutup kedai sebab dah tak larat nak memandu serta nak update blog dan selesai banyak kerja tertangguh.

Dan ketika baru hendak menyuap nasi, panggilan dan maklumat ini membuatkan saya membatalkan niat untuk tutup kedai hari ini...

Saya tiba di lokasi kira-kira setengah jam kemudian.


Dua buah ambulan dan petugas perubatan sedang merawat beberapa mangsa.


Keseluruhannya, 6 ambulan dan kira-kira 20 petugas perubatan tiba memberi bantuan termasuk dari Hospital Sg Buloh, Selayang, Kula Kubu Bahru, Pusat Kesihatan Rawang dan Jabatan Pertahanan Awam Wilayah Persekuuan.


Manakala anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bahru sedang berusaha mengeluarkan mangsa terkahir yang tersepit di dalam bas.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 10-30 malam (anggaran) di KM 433-5 Lebuhraya Utara Selatan selepas susur Bukit Beruntung arah Selatan.


Bas ekpress Roadways ini dalam perjalanan dari Ipoh ke Shah Alam membawa 29 penumpang.



Memulakan perjalanan di terminal bas di Ipoh jam 7-45 malam dan dijangka sampai di Shah Alam kira-kira 11-30 malam.


Bas ini dipercayai hilang kawalan dipercayai dipandu laju menyebabkan ia terbabas ke kiri dan merempuh penghadang lebuhraya.

Bas ia tersasar kira-kira 50 meter di atas rumput dan pemandunya dipercayai cuba mengawal bas dari terhumban ke dalam gaung menyebabkan ia berpusing dan terus terbalik.

(pemandu bas)
Keempat-empat tayarnya ke atas dan amat bernasib baik kerana bahagian bumbung tersangkut pada penghadang jalan yang menghalang bas dari terus terjunam ke dalam gaung.


Pemandu bas dan 9 penumpang cedera


Dan malang bagi seorang warga emas, Khatijah Mokhtar, 63 tahun, apabila mangsa tersepit diantara dua buah kerusi penumpang.

Kira-kira dua jam usaha mengeluarkannya gagal yang akhirnya, bantuan sebuah kren dari sebuah tapak pembinaan di Bukit Beruntung datang membantu.

Sebaik badan bas berjaya diangkat, Khatijah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan.

Bagi Pegawai Bahagian Akaun UITM Perak, Siti Halwana Yusri, ini merupakan pengalaman pertama bas yang dinaiki terbalik.


Siti Salwana hampir setiap minggu pulang menziarahi keluarga yang tinggal di Shah Alam.


Dalam keadaan kelam-kabut, mangsa yang terdindih antara satu sama lain, terpaksa merangkak untuk keluar dalam kegelapan.


Dia bersyukur tidak cedera dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini.

Land-Rover JPAM Wilayah Terbakar- Menyelamat dan Diselamatkan

KM433-5
Lebuhraya Plus arah Utara
Bukit Beruntung
Selangor
5 Dis 2009





Ketika operasi menyelamat ke atas mangsa kemalangan bas itu, lain pula jadinya di seberang jalan.

Sebuah Land-Rover milik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia unit Sentul tiba-tiba terbakar.

Kejadian disedari orangramai yang terlihat asap hitam dari Land Rover tersebut.



Sebelum ini, kira-kira 10 anggota JPAM tiba bersama sebuah Land Rover dan sebuah ambulan bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan merawat mangsa kemalangan.



Land-Rover tersebut yang diletakkan di seberang jalan, baru sahaja beberapa minit ditinggalkan anggota JPAM ke lokasi kemalangan

Tindakan pantas anggota bomba segera memadam kebakaran dari jentera bomba Balai Kuala Kubu Bahru yang berada di lokasi kemalangan.


Punca kebakaran tidak diketahui tetapi berkemungkinan akibat litar pintas.

Monday, November 23, 2009

Bas Sekolah Terbalik - Murid Terselamat

Km 18
Jalan Batang Kali-Genting Highland
Hulu Selangor
23 Nov 2009
12.00 tengahari




Banyak lagi foto menyusul

Bas dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Genting Highland.
membawa 38 pelajar dan 2 guru dari SM Jenis Kebangsaan Jip Sin, Bukit Mertajam.
mereka dalam perjalalan menyertai pertandingan pancaragam sekolah-sekolah di Genting.

kejadian berlaku ketika pemandu sedang menukar gear kepada gear rendah ketika melalui jalan mendaki dan berselekoh ini.
bas tiba-tiba terhenti dan kemudian secara tiba-tiba mengunfur lalu terbabas ke arah longkang dan terbalik di tepi bukit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails