Jalan Ukay Perdana
Ampang
5 November, 2008
Sesungguhnya, mangsa kemalangan ini amat tabah...
Mangsa seorang wanita, cedera setelah terjatuh ke tebing pembahagi jalan apabila motosikalnya gagal dikawal setelah dihimpit seorang penunggang motosikal lain.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6-30 petang, 5 November di Jalan Ukay Perdana.
mangsa sedang terduduk di atas pembahagi jalan dan dua anggota polis peronda berada bersama mangsa.
Wanita ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Ukay Perdana dari pejabatnya di Cheras.
Kaki kanannya berdarah dan kedudukannya menunjukkan kakinya juga mungkin mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda takut, terkejut atau phobia, sebaliknya semangatnya kuat dan masih mampu senyum.
Secara psikologinya, kehadiran dua anggota polis peronda itu memberikan kekuatan kepada wanita ini untuk tabah dan kuat.
Menurut mangsa, motosikalnya terbabas dan dia terhumban ke atas jalan setelah sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tiba-tiba menghimpit motosikalnya menyebabkan dia terkejut. Menyedari mangsa terjatuh, dia terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa yang hampir terlanggar oleh kenderaan lain.
Menurut anggota polis terbabit, kemalangan baru berlaku, dan mangsa sedang menunggu suaminya datang untuk menghantarnya ke hospital.
Orang awam merasakan, mungkin lebih baik dia dihantar menggunakan ambulan kerana tahap kecederaan sebenar tidak diketahui.
Pihak Polis lantas menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM Jalan San Ah Wing menggunakan talian terus untuk bantuan ambulan dan rawatan awal di tempat kejadian. Kira-kira 10 minit kemudian, suami mangsa tiba dan bersetuju isterinya dihantar menggunakan ambulan.
Kira-kira 15 minit kemudian, ambulan tiba dan mangsa dihantar ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.
Kepada kedua-dua anggota polis peronda yang kebetulan melalui jalan itu, tahniah kerana cuba membantu mangsa dan tindakan cepat mereka juga dapat mengawal keadaan dan lalulintas yang sesak.
JPAM yang pantas bertindak...

No comments:
Post a Comment