Monday, July 5, 2010

Bomba Kini Ketuai Semua Tugas Menyelamat ?




PUTRAJAYA: Peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini bukan lagi sekadar mengetuai operasi memadam kebakaran tetapi meliputi semua tugas menyelamat.




Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata perkara itu berdasarkan penyelesaian yang baru dicapai mengenai bidang kuasa di bawah perundangan Persekutuan.


2010/07/01
"Dalam kes membabitkan kebakaran sudah tentulah pihak jabatan akan mengetuainya kerana ia sememangnya bidang kepakaran mereka," kata Chor kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JBPM, di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama sebagai pasukan sokongan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Hamzah Abu Bakar, berkata sebelum ini isu tugas menyelamat itu tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Penjelasan telah diperolehi pada awal April lalu setelah dirujuk dan dibincang dengan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu lagi keliru mengenai siapa yang harus dihubungi terlebih dahulu sekiranya berlaku kecemasan yang tidak membabitkan kebakaran.
"Tanggungjawab jabatan sekarang bukan setakat memadam api sepertimana yang masyarakat fahami, tetapi juga menyelamat nyawa, kemalangan jalan raya, kebakaran hutan, bangunan runtuh dan bencana alam," katanya.

Beliau berkata, panggilan kecemasan yang tidak membabitkan kebakaran adalah dua pertiga daripada jumlah keseluruhan panggilan kecemasan. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

betul la tu..rujuk MKN 20

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails