Tiga peserta dipilih oleh Perdana Menteri memenangi peraduan foto yang dianjurkannya melalui blog 1
Menurut Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, oeraduan itu dimulakan pada Mac lalu, dan dibuka kepada semua warga negara Malaysia yang berusia antara 18 hingga 23 tahun.
“Peraduan sepanjang sebulan secara dalam talian ini bertemakan "Perpaduan Melalui Kepelbagaian", telah berjaya menerima beberapa ratus penyertaan walaupun dianjurkan dalam tempoh waktu yang agak pendek.
"Saya seronok melihat pelbagai tafsiran tema ini melalui gambar yang dihantar. Terima kasih atas penyertaan anda itu. Sebenar-benarnya, susah bagi saya untuk membuat pilihan kerana terdapat banyak foto yang sangat baik telah dikemukakan, namun tiga penyertaan teratas yang memenangi peraduan ini, pada hemat saya, paling menyerlah dalam menjelaskan semangat 1Malaysia.
"Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Saya sangat-sangat berharap dapat bertemu anda di majlis penyampaian hadiah pada Rabu ini,” katanya.
Ketiga-tiga pemenang tersebut ialah Noor Diyana Bt Mohmad Apandi, Henry Liew Su Loong dan Md Azrul Syaffiq Bin Md Suhaimi.- 18/5/2009
No comments:
Post a Comment