Sunday, April 4, 2010

Satria Neo terbabas seorang maut

Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong
Kuala Lumpur
3 April 2010
5 pagi

Kemalangan ini berlaku dipercayai akibat memandu laju.

Malah impak dari kemalangan ini, menyebabkan enjin kereta turut tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter.

Malah mangsa juga turut tercampak keluar dari keretanya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Kepong arah bulatan Batu Caves.

Mangsa, Jinnah Rao Munusamy, 23 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah di Pinggiran Batu Caves setelah keluar minum bersama-sama rakannya.

Kereta proton Satria ini juga didapati menggunakan tayar gantian.

Tayar gantian tidak sesuai dan tidak dibenarkan untuk dipandu secara laju kerana ketidakstabilan dan saiznya yang kecil.

Mengikut manual kereta, tayar gantian tidak sesuai dipandu melebihi 60km/jam dan perlu diganti segera.

Memandu laju dengan keadaan tayar sebegini boleh menyebabkan kereta yang dipandu sukar dikawal dan menyumbang kepada kemalangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails