Monday, February 22, 2010

Pengurus dan Isteri Nyaris Maut - Motosikal Berkuasa Tinggi Dirempuh Bas


Jalan Kucing
susur Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
21 Feb 2010
8 pagi





Sungguh kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan.

Itu yang dapat diperkatakan mengenai kes ini.

Ia kisah sepasang suami isteri yang nyaris maut dirempuh dan hampir digilis sebuah bas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila pasangan ini menaiki motosikal dalam perjalanan pulang setelah selesai bekerja.

Kejadian berlaku berhampiran lokasi kes kereta terjunam ke dalam sungai sebelum ini.

Bas terbabit sebaik merempuh motosikal mangsa, terus berlalu walaupun menyedari mangsa bergelimpangan di atas jalan.

Dan, nasib menyebelahi pasangan ini, kerana ketika kejadian, terdapat ramai anggota Polis, anggota Pasukan Pertahanan Awam dan orang ramai berada di lokasi.

Mereka sempat menahan beberapa kenderaan di belakang dari melanggar mangsa yang bergelimpangan di atas jalan.

Dan bagi isteri, memakai topi keledar full-face berkualiti tinggi juga berjaya menyelamatkan nyawanya.

Rozaidi Md Ramle, 41 tahun Pengurus F & B Malaysia Petroleum Club, KLCC bagaimanapun cedera parah di beberapa bahagian badan.

Mereka kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails