Jalan Ayer Tawar
Setapak, Kuala Lumpur
19 Mac 2010
3-30 ptg
"Rumah tengah tu kena mandi limau..."
Itu antara yang terdengar ketika saya tiba di lokasi kebakaran ini.
Mengapa ada yang berkata begitu?
Sebenarnya, pada 15 Feb lalu, kebakaran memusnahkan samasekali sebuah rumah , selang sebuah dari rumah yang terbakar ini.
Bermakna , rumah berwarna putih ini terletak di tengah-tengah , di mana di kiri kanannya telah musnah dalam kebakaran.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 3-30 petang.
Operasi pemadaman dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju dan Chow Kit, dibantu Skuad Penyelamat DBKL dan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia
Dan 3 keluarga hilang tempat tinggal membabitkan 12 orang.
Foto 15 Feb 2010
Bagi pemilik rumah yang di tengah-tengah ini, dua bulan berturut-turut dia mengalami saat-saat mencemaskan...
Tinjauan mendapati, bekas tapak rumah yang terbakar 15 Feb lalu telahpun dibersihkan dan pemilik dijangka akan membina rumah baru.
1- Memastikan arus elektrik dipotong kerana kabel elektrik yang terputus akibat kebakaran, boleh mengancam nyawa terutama kepada anggota bomba/penyelamat.
2.Bila kebakaran berlaku, biasanya bekalan elektrik akan terganggu dan TNB akan melakukan kerja-kerja penyambungan semula/pemantauan.
3. Memang tugas TNB...
1 comment:
bende nih bto0l kew??
Post a Comment