Sunday, October 25, 2009

2 Pemancing Maut - Pokok Tumbang Timpa Pondok

25 October 2009
















Sg Pusu,
Gombak
Selangor
24 Okt 2009

Saya tiba di lokasi ini setelah hampir sejam berjalan mendaki dan menuruni bukit, ketika kerja-kerja memotong pokok yang menghempap mangsa, baru sahaja selesai.

Hajat mereka untuk meneruskan aktiviti memancing sehingga keesokannya.
Namun, malang sesuangguhnya memang tidak berbau.
Lima sahabat dan mempunyai pertalian keluarga ini, keluar mendaki sebuah bukti berhampiran kampung mereka di Sg Pusu Gombak, jam 5 petang semalam.
Perjalanan kira-kira sejam dengan mendaki bukit dan menuruni tebing, akhirnya mereka sampai ke tebing empangan Klang Gate.
Mereka memancing dari petang semalam, dan cuma mendapat dua ekor ikan.
Menjelang malam, mereka makan dengan ikan yang dipancing, dibakar.
Jam 12 tengahmalam, mereka mengambil keputusan untuk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Ketika itu hujan turun agak lebat.
Kelima-lima mereka berhasrat untuk meneruskan memancing pagi ini.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba kedengaran bunyi seakan-akan pokok akan tumbang.
Dan benar, beberapa saat kemudian, sebatang pokok sebesar kira-kira sepemeluk rebah dan menimpa pondok dan dua dari mereka.
Kedua-duanya cedera parah di kepala dan badan, maut di tempat kejadian.
Tiga lagi yang lain, dalam kegelapan malam, cuba membantu, tetapi gagal kerana pokok yang besar.
Darah mula mengalir dan kedua-dua mangsa yang dihempap pokok- kaku.
Dalam ketakuran, ketiga-tiga mereka nekad melarikan diri dalam kegelapan malam dan keadaan laluan yang licin dan berbukit menyebabkan beberapa kali terjatuh.
Mereka tidak berani menoleh ke belakang dan yang pasti bantuan perlu diminta segera dari penduduk kampung.
Akhirnya penduduk kampung segera datang ke lokasi, tetapi apa yang mereka temui, tubuh kedua-dua mangsa sukar di angkat kerana dihempap oleh pokok besar itu.
Polis dimaklumkan dan anggota bomba dari Balai Selayang segera ke lokasi.
Memandangkan keadaan muka-bumi yang licin, curam serta jauh, keputusan akhirnya diambil untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa melalui empangan Klang Gate.
Mangsa dikenali sebagai Sanbi Sappar, 55 tahun dam Sulaiman, 52 tahun, kedua-duanya penduduk tetap dari Indonesia.
Bot Jabatan Bomba serta Pasukan Pertahanan Awam Malaysia digunakan.
Mayat akhirnya berjaya dibawa keluar kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dan bagi salah seorang yang terselamat, Sudar Atrae, 27 tahun, seorang pemandu lori - ia merupakan kali terakhir menjejakkan kaki ke situ, dan tak akan datang lagi untuk memancing di situ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails