Wednesday, May 20, 2009

Suami Isteri Cedera-Kereta Terbalik Di Jejantas Parlimen Mahameru

Susur Jalan Mahameru
Kuala Lumpur
18 Mei, 2009



Susur ini telah meragut banyak nyawa.





Dan banyak kenderaan telah terbabit dalam kemalangan di selekoh tajam ini.
Paling ketara, kebanyakan mangsa yang maut, apabila kenderaan mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat yang menghubungkan bangunan Parlimen ke Jalan Parlimen.





Seingat saya, sejak kira-kira 5 tahun lalu, kira-kira 10 kematian berlaku di sini, apabila kenderaan mereka merempuh tiang jejambat ini.







Terbaru, kira-kira jam 12 malam tadi, sepasang suami isteri, nyaris maut apabila kereta mereka terbabas,Ketika kejadian, jalan licin akibat hujan.
Kereta Proton Waja ini terbabas ke kiri jalan ketika melalui selekoh ini dan terus meluncur ke arah tembok sebelum terbalik.





Kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam kereta, berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian oleh Anggota Bomba dan Pertahanan Awam

Mangsa dikenali sebagai Shahzan Ahmad - 33 tahun, Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM cedera di kepala.

Manakala isterinya yang cedera agak parah, Norazlina Zainal 27 tahun - Jururawat di hospital sama, cedera di tangan.

Dan mungkin kerana mereka memakai talipinggang keledar, maka kedua-duanya tidak tercampak keluar yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan lebih teruk.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails