
























MEDIA & COMMUNICATION UNIT. FEDERAL TERRITORY KUALA LUMPUR. THE LIFE SAVING FORCE.
Dan di lebuhraya, jika tiada lorong motosikal, bukan bermakna anda boleh menggunakan lorong kecemasan.
Penunggang motosikal boleh menunggang di lorong paling kiri.
Dan jika anda memandu/menunggang di lorong kecemasan tanpa sebab, kemudian anda terbabit dalam kemalangan, kesalahan adalah terletak pada anda.
Malangnya, jika berlaku apa-apa, maka di sinilah implikasi undang-undang akan berkuatkuasa akan kejadian yang berlaku.
Dalam kes ini, pemandu lori 'pickup' ini berhenti di lorong kecemasan setelah kenderaannya mengalami masalah enjin.
Pemandunya kemudian turun dan menuju ke arah telefon kecemasan lebuhraya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-15 petang di KM 297-4 Lebuhraya KL-Seremban arah Kuala Lumpur selepas susur bangi.
Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang laju, terus merempuh sisi belakang sebelah kanan lori terbabit.
Akibatnya, mangsa yang cedera parah di muka tercampak ke atas lebuhraya.
Azhri Halib, 24 tahun, maut di tempat kejadian.
Mangsa beralamat di No. 31 Kg Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Suptritendan Che Husin menasihatkan pengguna jalanraya tidak sewenang-wenangnya menggunakan lorong kecemasan.
Beberapa kes membabitkan kematian dicatatkan apabila kenderaan merempuh kenderaan yang berada di lorong kecemasan setelah mengalami kerosakan.
Mangsa seorang wanita, cedera setelah terjatuh ke tebing pembahagi jalan apabila motosikalnya gagal dikawal setelah dihimpit seorang penunggang motosikal lain.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6-30 petang, 5 November di Jalan Ukay Perdana.
Kaki kanannya berdarah dan kedudukannya menunjukkan kakinya juga mungkin mengalami kecederaan.
Secara psikologinya, kehadiran dua anggota polis peronda itu memberikan kekuatan kepada wanita ini untuk tabah dan kuat.
Menyedari mangsa terjatuh, dia terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa yang hampir terlanggar oleh kenderaan lain.
Orang awam merasakan, mungkin lebih baik dia dihantar menggunakan ambulan kerana tahap kecederaan sebenar tidak diketahui.
Kira-kira 10 minit kemudian, suami mangsa tiba dan bersetuju isterinya dihantar menggunakan ambulan.
Kira-kira 15 minit kemudian, ambulan tiba dan mangsa dihantar ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.
Kepada kedua-dua anggota polis peronda yang kebetulan melalui jalan itu, tahniah kerana cuba membantu mangsa dan tindakan cepat mereka juga dapat mengawal keadaan dan lalulintas yang sesak.
JPAM yang pantas bertindak...
Taman Ehsan
Warga emas ini, pada mulanya melakukan kerja-kerja pembaikan di atas bumbung rumahnya.
Bagaimanapun, dia dipercayai tergelincir menyebabkan mangsa rebah di atas bumbung ini
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Jalan E5/2 Taman Ehsan, Kepong.
Mangsa, Chan Koh Song, berusia kira-kira 60 tahun, sebelum ini memanjat bumbung rumahnya bertujuan membaiki tangki air rumahnya yang telah rosak.
Anggota perubatan yang tiba kemudiannya mendapati kesukaran membawa Chan turun.
Sepasukan anggota dari Pasukan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan.
Gerakan menyelamat juga dibantu oleh Ahli Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang
Chan akhirnya berjaya dibawa turun kira-kira jam 7-15 petang dan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Chan mengalami sedikit kesan kecederaan di kaki